Sebelum ini, Zizan Razak dikatakan bakal menjadi pengacara rancangan realiti pencarian bakat popular Akademi Fantasia 2013 yang bakal bersiaran tidak lama lagi. Namun menurut khabar terbaru, ada dua nama lagi disebut bakal mengacarakan program berkenaan iaitu, Hanis Zalikha dan Datuk AC Mizal. Kenapa begitu ramai nama pengacara? Atau nama Zizan sudah disingkirkan dari senarai awal?

Rupanya nama Zizan masih ada. Cuma dikhabarkan Zizan akan mengendalikan konsert mingguan sahaja. Manakala Datuk AC Mizal dan Hanis Zalikha pula akan mengacarakan beberapa program lain berkaitan dengan Akademi Fantasia 2013 juga seperti Diari Akademi Fantasia dan beberapa program lain yang akan dilaksanakan.

ac mizal dan hanis zalikha pengacara af 2013

Oleh itu, Datuk AC Mizal dan Hanis Zalikha akan mengendalikan dua program berkaitan dengan Akademi Fantasia 2013 dan memandangkan ia akan ditayangkan setiap hari sehingga konsert mingguan, ada dua tiga lagi program turut dihasilkan dan dikendalikan pengacara berbeza.

p/s: Fuh, meriah tu AF 2013. Sudah tentu pihak penerbit mengeluarkan belanja yang besar untuk kemunculan semula rancangan realiti pencarian bakat popular Akademi Fantasia ini kan… Apapun kita tunggu dan lihat, adakah bakat yang dihasilkan itu selari dengan bajet yang dikeluarkan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.