Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Afandi Hamzah (gambar) dilantik sebagai pemangku Presiden KAFA berkuat kuasa serta-merta selepas Tan Sri Annuar Musa digantung selama dua tahun enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak pada peringkat nasional dan negeri.

Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim berkata, satu mesyuarat telah diadakan petang semalam dan Ahli Majlis KAFA sebulat suara memilih Afandi yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mene- rajui persatuan tersebut. Menurutnya, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan struktur dan hierarki yang mana Afandi merupakan orang No. 2 dalam KAFA selepas Annuar.

Selain itu kata beliau, Afandi di-lihat sebagai individu yang mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan bola sepak Kelantan. Oleh itu Datuk Afandi akan memangku jawatan berkenaan sehingga proses pemilihan (Ahli Majlis KAFA yang baharu) diadakan pada 2013.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.