Penyanyi Datuk Jamal Abdillah yang sebelum ini pernah mengalami dua kali kegagalan dalam rumah tangganya dikatakan bakal melamar penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Nas Adila untuk dijadikan sebagai suri hidupnya. Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan mengenai status hubungan mereka berdua dan pendedahan mengenai isu ini telah dibuat Jamal menerusi sebuah laporan berita.

Memetik laporan Harian Metro, Jamal, 54, dikatakan terpikat dengan kelembutan dimiliki Nas manakala penyanyi wanita itu pula melihat Jamal sebagai lelaki matang dan stabil untuk dijadikan suami. Sebelum ini, Nas dikatakan pernah putus tunang dengan seorang kerabat diraja selain baru sahaja putus cinta dengan Alif AF6.

Laporan berkenaan juga ada menyebut, majlis merisik Jamal Abdillah dan Nas Adila akan diadakan secara tertutup dan hanya individu tertentu sahaja yang tahu mengenai majlis tersebut.

jamal abdillah dan nas adila

Kalau benarlah cerita yang disampaikan ini, tahniah diucapkan buat Jamal dan Nas. Semoga ikatan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.