Datuk K Sokong Keputusan Untuk Bertudung – Datuk Siti Nurhaliza | Ramai yang teruja apabila penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza membuat keputusan untuk bertudung penuh bermula hari lahirnya yang ke 34. Namun ada yang tertanya-tanya, adakah ianya akan kekal lama dan bagaimana pula dengan pandangan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa berhubung keputusan Datuk Siti Nurhaliza utnuk bertudung penuh ini.

Berikut ammboi kongsikan penjelasan Datuk Siti Nurhaliza mengenai isu bertudung dan juga pandangan suaminya. Ianya dipetik dari laman mStar Online.

datuk siti bertudung

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu keputusannya untuk bertudung litup mendapat sokongan daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa. Jelas beliau, suaminya benar-benar gembira selepas beliau terbuka hati untuk melakukan kewajipan sebagai Muslimah iaitu menutup rambut sepenuhnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 34 pada 11 Januari 2013 lalu.

“Suami saya adalah antara yang sangat gembira dengan peralihan imej Siti dan boleh dikatakan dia juga merupakan tunggak yang banyak menyokong kepada perubahan ini. Bagi Siti, ia adalah satu keikhlasan yang datang daripada diri dan berharap agar imej ini kekal sampai bila-bila,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Siti, dia juga menganggap perubahan yang dilakukan ini berkat daripada doa daripada dirinya sendiri, keluarga serta peminat apatah lagi selepas beliau mengerjakan haji sebelum ini. Sementara itu, Siti berkata, walaupun sudah berhijab, ia bukanlah satu penghalang untuk beliau aktif dalam karier seni. Malah Siti masih lagi mendapat khidmat pereka fesyen kegemarannya iaitu Rizman Ruzaini dalam membantu memadankan busana dan hijab yang sesuai untuk dipakai.

gambar datuk siti nurhaliza bertudung penuh

“Sebelum ini saya sudah biasa tampil berselendang dan imej sekarang ini tidak membuatkan diri berasa janggal, malah ia akan disesuaikan mengikut corak persembahan. Buat masa ini Rizman Ruzaini akan membantu dalam menyesuaikan gaya tudung dan imej untuk muncul di pentas. Siti juga selesa tampil memakai ‘inner’ di dalam manakala di bahagian luar pula, Siti gayakan mengikut cara sendiri dengan mendapat ilham fesyen yang terkini. Siti juga mengambil inspirasi daripada majalah, Internet serta melihat di YouTube dan menggabungkan gaya-gaya yang sesuai mengikut keselesaan diri. Mungkin fesyennya akan berubah-ubah juga nanti,” tuturnya.

Ditanya adakah sebarang perbezaan sebelum dan selepas bertudung, kata Siti dia lebih berfikiran positif dan berharap akan menjadi lebih tenang dalam menjalani kehidupan seharian.

“Saya yakin apa yang baik itu akan diterima, malah ramai yang gembira dan mendoakan, Insya-Allah,” ujarnya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.