Bukan calang-calang orang yang mampu mengendalikan sidang media kalau melibatkan kes besar dan juga wartawan asing. Namun, tugas itu dijalankan dengan sebaiknya oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa sidang media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan tetap juga terpaksa berdepan soalan-soalan pelik dari wartawan. Antaranya pada sidang media semalam, beliau menerima soalan yang ditanyakan oleh seorang wartawan Perancis.

“Bolehkah anda mengesahkan bahawa anda adalah sepupu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)? Adakah anda dilindungi?”

Hairan ditanyakan soalan itu, Hismmuddin bertanya kepada dari organisasi media mana wartawan itu sebelum beliau menjawab soalan.

hishammuddin

“Ya, saya boleh mengesahkan bahawa Najib adalah sepupu saya, dan saya tidak tahu saya sepatutnya dilindungi daripada apa,” kata Hishamuddin yang hairan bingung.

Soalan wartawan dan jawapan Hishammuddin itu mengundang gelak ketawa di kalangan pemberita di Hotel Sama-Sama.

Sejak MH370 menggunakan pesawat Boeing 777-200 hilang pada 8 Mac lalu, Hishammuddin mahir menangani pelbagai soalan daripada media dengan tenang. Ramai memuji Menteri yang berusia 52 tahun itu kerana kemampuannya menangani pelbagai krisis dan menjawab soalan dengan baik.

Sumber: mStar Online


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.