Datuk Siti Nurhaliza dedah 5 rahsia yang ramai tidak tahu mengenai dirinya? Rasanya satu Malaysia mengenali penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza. Tidak mengira umur, bangsa mahupun darjat, mereka semua amat meminati penyanyi kesayangan ramai ini.

Segala cerita mengenai Datuk Siti pastinya mendapat perhatian ramai. Bermula dari kisah kariernya sebagai penyanyi, kisah percintaan beliau sehingga ke alam perkahwinan dan yang terbaru menjadi perhatian ramai ialah tentang zuriat.

Menutup ambang 2015, Datuk Siti Nurhaliza diuji lara apabila beliau mengalami keguguran. Namun Datuk Siti Nurhaliza redha dengan apa yang berlaku dan tetap bersyukur dengan anugerah yang dipinjamkan sementara buatnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu turut teguh dengan pendiriannya selama ini tentang mengapa beliau mendiamkan diri ketika berita kehamilannya heboh diperkatakan. Pada mulanya beliau ingin berkongsi kegembiraan bila mana tiba waktu yang sesuai namun takdir Allah telah tertulis.

Menyentuh tentang soal bisnes, SimplySiti adalah sebahagian daripada diri Datuk Siti Nurhaliza. Pencapaian cemerlang dalam arena bisnes ini nyata membuatkan diri beliau terus dihormati dan dikagumi.

Namun begitu, rasanya masih ramai yang belum tahu beberapa ‘rahsia’ Datuk Siti Nurhaliza. Berikut adalah 5 perkara yang ramai tidak tahu mengenai Datuk Siti Nurhaliza!

1. Datuk Siti takut dengan LIPAS!

DATUK SITI NURHALIZA DEDAH 5 RAHSIA YANG RAMAI TIDAK TAHU MENGENAI DIRINYA 4
2. Datuk Siti geli dengan semua bentuk yang berlubang-lubang seperti sarang tebuan.

DATUK SITI NURHALIZA DEDAH 5 RAHSIA YANG RAMAI TIDAK TAHU MENGENAI DIRINYA 2
3. Datuk Siti sukakan makanan yang pedas-pedas. Jika tiada makanan pedas, dia mesti akan cari sampai dapat.

DATUK SITI NURHALIZA DEDAH 5 RAHSIA YANG RAMAI TIDAK TAHU MENGENAI DIRINYA 1

4. Datuk Siti menghabiskan masa yang lama di tempat kosmetik dan juga farmasi.

DATUK SITI NURHALIZA DEDAH 5 RAHSIA YANG RAMAI TIDAK TAHU MENGENAI DIRINYA 3

5. Sebelum tidur Datuk Siti akan menggoyangkan kaki sehingga terlena.

DATUK SITI NURHALIZA DEDAH 5 RAHSIA YANG RAMAI TIDAK TAHU MENGENAI DIRINYA 5

Ada sesiapa yang mempunyai tabiat dan rahsia yang sama dengan Datuk Siti tak?

[Sumber]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.