Boleh dikatakan semua orang tahu mengenai konflik antara Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Sejak memegang jawatan berkenaan, Khairy begitu lantang mengkritik badan induk bola sepak negara itu.

datuk siti nurhaliza tegur khairy jamaluddin

Satu persatu isu dibangkitkan dan yang terbaru Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa sebagai KJ telah membidas semula kata-kata bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail dengan menyatakan bahawa segala kritikan yang dilontarkan beliau selama ini demi memajukan sukan bola sepak tanah air dan bukannya untuk membalas dendam kepada sesiapa yang berada di dalam kepimpinan persatuan berkenaan.

Memetik laporan Ohbulan, teguran Menteri Belia dan Sukan kepada Datuk Jamal itu telah mencuri tumpuan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Menerusi laman sosial penyanyi tersebut, Dato’ Siti secara terang-terangan menegur Khairy Jamaluddin di laman Twitter rasminya.

Dato-CT

Sudah tentu teguran Dato’ Siti Nurhaliza menarik perhatian ramai. Ada yang menyokong dan ada yang mengkritik pula tindakan Dato’ Siti. Bagi mereka kritikan yang dilakukan oleh KJ adalah satu tindakan yang wajar dan meminta agar penyanyi nombor satu negara itu memohon maaf kepada menteri tersebut.

Oleh kerana terlalu banyak spekulasi yang timbul, Dato’ Siti akhirnya menegaskan bahawa tujuan utama beliau berkongsi status tersebut bukan ingin melibatkan diri dalam hal politik, tetapi sekadar menyuarakan pendapat beliau sebagai seorang rakyat biasa.

p/s: Nampaknya Dato’ Siti Nurhaliza dah terbabit sama dalam konflik ini…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.