Pastinya kita biasa mengalirkan air mata, atau menangis semasa menonton drama atau filem sedih. Ada juga yang mengalirkan air mata ketika menonton cerita lucu yang membuatkan mereka ketawa berlebihan dan kelihatan seperti menangis. Namun ramai yang tertanya-tanya kenapa produser filem Datuk Yusof Haslam menitiskan air mata ketika menonton konsert Teaterikal Suara Kita yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada malam Isnin lalu.

Adakah kerana konsert itu membuatkannya sedih? Atau ada sebab lain yang membuatkan beliau menangis?

gambar datuk yusof haslam dan datin patimah ismail

Memetik sumber mStar Online, Datuk Yusof Haslam memberitahu konsert itu mengembalikan nostalgia yang cukup bermakna sehingga ada beberapa babak yang buat saya menitiskan air mata.

“Konsert ini mengembalikan nostalgia yang cukup bermakna sehingga ada beberapa babak yang buat saya menitiskan air mata. Saya terkenangkan perangai dan gelagat Awie, Erra dan Ziana sewaktu di zaman mula-mula saya mengarahkan mereka dalam filem-filem saya dahulu,” katanya.

Konsert Teaterikal Suara Kita Istana Budaya 2014

Boleh dikatakan Datuk Yusof Haslam yang bertanggungjawab menjulang nama Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam industri filem tanah air pada era 90-an turut bangga dengan kejayaan ketiga-tiga artis berkenaan. Ketiga-tiga pelakon itu mencetuskan fenomena apabila muncul dalam filem Sembilu dan Sembilu 2 serta beberapa filem lain terbitan Skop Productions sehingga berjaya mencatatkan kutipan boxoffice.

awie dan ziana zain konsert teaterikal suara kita

Menurutnya lagi, pada awalnya dia agak terkejut apabila diberitahu untuk mementaskan karya daripada filem-filem berkenaan. Namun, setelah menonton hasil pementasan itu, dia percaya konsert tersebut bakal mendapat sambutan daripada peminat-peminat yang mengikuti perkembangan filem-filem arahannya itu.

Konsert Teaterikal Suara Kita dipentaskan dari 3 Mac sehingga 9 Mac 2014 ini di Panggung Sari, Istana Budaya. Tiket pementasan itu dijual dengan harga RM79 sehingga RM499 boleh dibeli di kaunter Istana Budaya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.