David Teo Beli Undi? Kemenangan Shaheizy Sam, Wawa Zainal Dan Yana Samsudin Jadi Pertikaian? | Adoi, inilah sikap manusia. Suka buruk sangka dan tidak menghargai usaha orang lain. Bila orang dah menang, ada pula cerita kurang enak yang disebarkan. Apa yang ammboi bisingkan ini adalah berkenaan kemenangan 3 artis ini dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) yang lepas.

Katanya, kemenangan Shaheizy Sam, Wawa Zainal dan Yana Samsudin pada malam itu diatur oleh Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), Mejar David Teo. Ada pihak mendakwa, David membeli undi untuk memastikan artis di bawah naungannya, Sam, Wawa dan Yana bawa pulang trofi pada malam itu. Bagaimanapun, dakwaan sebegini bukan kali pertama timbul dalam sejarah penganjuran Anugerah Bintang Popular kerana sebelum ini, Tasha Shilla pernah dikatakan mendapat tajaan dari seorang VIP yang membeli akhbar untuk mengundi Tasha.

Bagaimanapun ikuti penjelasan dari David Teo berkenaan isu ini:

Menerusi laporan Sinar Harian, David yang ditanya berkenaan isu itu tidak mudah melatah, sebaliknya sempat berseloroh mahu mengajak pihak yang menyebarkan cerita itu untuk keluar makan bersama. Menjelaskan mengenai perkara itu, David berkata, pihak MIG sememangnya ada menghantar borang undian, namun tidaklah sampai membeli undi.

shaheizy sam

“Ada kalanya sekali-sekala, pegawai saya akan membeli dua akhbar untuk mengundi Sam, Yana dan Wawa atau pun mereka akan menghantar undian menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Takkan itu pun salah? Lagi pun ia sebagai salah satu tanda sokongan kami buat mereka. Tetapi, saya tidaklah sampai membeli akhbar sehingga satu lori semata-mata untuk mengundi mereka. Kalau benar saya suka membeli undi, dari 2000 ketika artis naungan saya tercalon dalam ABP, mereka pasti menang,” jelasnya.

wawa zainal

“Tidak guna kalau saya beli undi, tetapi mereka tidak terkenal dan tiada bakat. Kemenangan mereka pada malam itu adalah kerana mereka layak untuk memenanginya. Kalau kita lihat karier Yana, dia sudah berlakon sejak 10 tahun lalu, manakala Sam pula pernah memenangi Bintang Paling Popular pada 2010 dan Wawa pula adalah bintang yang semakin meningkat kini. Mereka semua ada peminat yang tersendiri dan untuk pengetahuan semua, Yana dan Wawa juga tidak menjangkakan kemenangan mereka pada malam itu,” jelasnya.

yana samsudin

Dalam pada itu, David sempat berkongsi perancangannya untuk membuat satu majlis tanda penghargaan dan meraikan kemenangan Sam, Yana dan Wawa, Jun ini. Menurut David, Sam menerusi pertemuan bersamanya kelmarin telah melahirkan hasrat untuk menaja makanan pada majlis itu. Katanya buat masa ini  dia masih menunggu jadual dari semua artis dan kemungkinan Jun ini adalah masa sesuai untuk raikan mereka.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.