Nampaknya isu tidak berdisiplin Dazrin Kamarudin di lokasi drama bersiri Miranda arahan Along Kamaludin semakin hangat. Apatah lagi pelakon senior seperti Fasha Sandha sendiri mengakui isu berkenaan dan mendakwa Dazrin bukan lewat ke lokasi berkenaan lima atau sepuluh minit tetapi melibatkan tempoh satu hingga dua jam mengakibatkan kelancaran penggambaran drama berkenaan terganggu.

Akibat tuduhan berkenaan, Dazrin berasa kecewa dan akan menjelaskan mengenai perkara itu dalam tempoh terdekat. Dazrin berkata, dia melihat isu tersebut sengaja diperbesar-besarkan dan adalah menjadi kewajaran baginya untuk membersihkan nama atas tuduhan berkenaan. Dazrin berkata, dia akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan tuduhan tersebut.

dazrin kamarudin

“Maaf, saya lihat isu itu semakin besar. Tetapi saya tidak dapat komen panjang mengenai hal tersebut. Saya akan beri penjelasan pada sidang media yang akan diadakan dalam tempoh terdekat. Tarikh dan masa, saya akan maklumkan nanti,” katanya dipetik mStar Online.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.