Setelah hangat dengan kes putus tunang pelakon lelaki popular, Fizz Fairuz sekali lagi mengejutkan industri hiburan apabila membuat kenyataan bakal berkahwin dengan bekas kekasihnya, pelakon Almy Nadia pada tahun hadapan. Paling menarik, kali ini Fizz sanggup bersumpah demi menunjukkan bahawa dia sememangnya benar-benar mahu nikahi Almy.

Adakah ini antara kontroversi terbaru yang sengaja dicipta oleh Fizz? Apakah ‘drama’ yang cuba dicipta lagi pelakon berusia 34 tahun itu? Adakah benar Fizz bakal berkahwin dengan Almy? Menerusi laporan Kosmo! Fizz ada memberi kenyataan berkenaan isu tersebut.

fizz fairuz dan almy nadia kembali bercinta

“Kalau boleh, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana saya baru merancang. Saya belum lagi berjumpa dengan keluarganya. Bila keluar mengenai cerita saya ingin berkahwin dengannya ramai yang bertanya sedangkan saya hanya baru merancang.” Jelas Fizz selain berkata dia juga tidak mahu Almy buak mulut berkenaan isu tersebut kerana dia belum berjumpa keluarga Almy untuk berbincang mengenai hasratnya untuk berkahwin.

“Saya tidak mahu orang nampak salah dia jika perkahwinan ini tidak jadi. Biar orang nampak salah saya sahaja. Saya boleh kawal lagi tetapi dia tidak boleh. Nanti dia menangis lagi. Kemungkinan saya akan berjumpa keluarga dia dalam masa terdekat ini untuk membincangkan mengenai perkahwinan kami.” Ulas Fizz mengenai punca dia menghalang Almy buka mulut.

“Demi Allah, saya bersumpah akan berkahwin dengannya. Kenapa hendak segan. Dialah calon terbaik untuk saya jadikan isteri. Sudah tujuh tahun saya mengenalinya. Kami juga sudah mengharungi susah dan senang bersama. Saya berhasrat untuk berkahwin dengan Almy juga disebabkan ibu. Dia minta saya berkahwin sebelum dia menutup mata.” Kata Fizz apabila ditanya adakah dia tidak segan dengan apa yang telah berlaku.

“Saya sudah kenal dia lama, untuk apa lagi kami bertunang. Lebih baik segera berkahwin sahaja.”

p/s: Diharap impian mereka terlaksana. Benda yang baik kalu boleh dipercepatkan lagi bagus….


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.