Kebiasaanya kita dengar orang ambil insuran kereta, insuran rumah, insuran nyawa dan sebagainya. Boleh dikatakan jarang-jarang sekali kita dengar atau ada yang tidak pernag dengar mengenai INSURANS SUARA. Namun itulah tindakan yang diambil oleh penyampai radio dan pengacara popular, FARA FAUZANA.

Fara Fauzana memberitahu, dia mengambil insurans suara kerana menyifatkan suaranya begitu penting dan sebagai penyumbang utama memberikan rezeki kehidupan buat diri sendiri dan keluarga. Oleh itu dia telah menginsuranskan suaranya sebagai langkah berjaga-jaga jika ia gagal berfungsi atas penyakit-penyakit tertentu.

Fara-Fauzana

“Saya mengambil insurans kesihatan yang turut disertakan dengan perlindungan suara sekali. Malu nak bercakap tentang hal ini, maklumlah saya bukannya penyanyi. Datuk Siti Nurhaliza pun tak insuranskan suara dia agaknya. Tetapi bagi saya ia penting kerana kerja harian saya menggunakan suara bukan sahaja di konti radio tetapi juga di luar di mana saya mengacarakan pelbagai acara majlis. Hati saya mula terdetik untuk menginsuranskan suara selepas pernah pada satu kejadian, saya tidak sakit, tetapi suara hilang dan ia buatkan saya risau,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Tambah Fara, dia juga pernah terfikir apakah yang akan terjadi sekiranya satu hari nanti dia tidak mempunyai suara lagi. Namun, selain membuat perlindungan insurans suara, dia juga sudah merancang akan memberi fokus kepada kerjaya di belakang tabir penyiaran radio pula.

p/s: Untuk penyanyi, dj dan pengacara memang suara amat penting…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.