Dengan hanya membayar RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak anda berpeluang merasai pengalaman musim sejuk di Rumah Beriklim Sederhana Empat Musim (Risem), Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA).

Menurut kenyataan TBNSA dalam satu portal berita, musim sejuk di Risem bermula pada November sehingga bulan Februari dengan suhu tidak melebihi negatif satu Celsius. Pada ketika ini, seluruh kawasan akan diliputi salji. Sempena musim salji ini, pengunjung berpeluang melihat 10 spesis pokok yang ditanam antaranya pokok Sakura, Maple, Gingko Biloba, Magnolia, epal dan pir serta pelbagai lagi pokok bernilai tinggi yang berjumlah 55 pokok kesemuanya.

Rumah Beriklim Sederhana Empat Musim (Risem) 4

Rumah Beriklim Sederhana Empat Musim (Risem) 3

Rumah Beriklim Sederhana Empat Musim (Risem) 2

Rumah Beriklim Sederhana Empat Musim (Risem) 1

Di Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM), anda berpeluang merasai suasana empat musim hanya dengan masuk ke dalam satu bangunan.

BULAN KUTUB UTARA KUTUB SELATAN
  MUSIM MUSIM
November – Februari

Mac – Mei

Jun – Ogos

September – November

Musim Salji (Winter)

Musim Bunga (Spring)

Musim Panas (Summer)

Musim Gugur (Autumn)

Musim Panas (Summer)

Musim Gugur (Autumn)

Musim Salji (Winter)

Musim Bunga (Spring)

 

 


Antara pokok yang terdapat di RISEM adalah:

English

Bahasa Melayu

Japanese Maple (Acer palmatum) Acer palmatum
Silver birch (Betula pendula) Betula pendula
Maple Okagami (Acer palmatum Okagami) Acer palmatum Okagami
Maple Katsura (Acer palmatum Katsura) Acer palmatum Katsura
Golden Full Moon Maple (Acer shirasawanum ‘Aureum’) Acer shirasawanum ‘Aureum’
Laceleaf/Maple Dissectum Acer palmatum dissectum
Grenadier Apple (Malus Grenadier) Malus Grenadier
Crab Apple Profusion (Malus Profusion) Malus Profusion
Apple MM106 Imperial Gala (Malus domestica Gala) Malus domestica Gala
Apple (Malus domestica) Malus domestica
Winter Cole Pear Buah Pear Winter Cole
Sakura/Cherry blossom (Prunus serrulata) Sakura (Prunus serrulata)
Gingko biloba Gingko biloba
Dawn redwood (Metasequioa) Metasequioa
Sheridan Spire Metasequioa (Metasequoia glyptostroboides) Metasequoia glyptostroboides
Red Pygmy Maple (Acer palmatum Red Pygmy) Acer palmatum Red Pygmy
Magnolia sp. Sp. Magnolia
Cucumber tree (Magnolia acuminata) Magnolia acuminata
European Mountain Ash (Sorbus aucuparia) Sorbus aucuparia
Japanese Cypress (Chamaecyparis obtuse) Chamaecyparis obtuse

Untuk makluman anda, waktu operasi Risem adalah mulai 8.30 pagi sehingga 4.30 petang setiap hari sepanjang cuti sekolah dan ditutup setiap Isnin sekiranya bukan cuti sekolah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.