DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) RANCANG BANGUNKAN 1,620 PERUMAHAN AWAM 2012 | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membangunkan beberapa kawasan perumahan awam (PA) baru bagi penempatan setinggan dengan menyediakan 1,620 unit rumah mampu milik kepada mereka yang layak mendudukinya.

Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, DBKL memerlukan sedikit masa dalam proses perancangan sebelum menjalankan projek seperti ini bagi memastikan kos pembangunan yang akan digunakan bagi tujuan ini nanti berada pada tahap munasabah dan berpatutan. Setakat ini, kos pembangunan yang dianggarkan bernilai RM230.8 juta dan bagi tahun depan, empat kawasan PA akan dibangunkan terlebih dulu membabitkan hampir RM35 juta.

Empat kawasan yang bakal memulakan pembinaan tahun hadapan adalah PA Kampung Wira Jaya, Setapak yang menelan belanja RM10 juta, PA India Settlement, kampung Pandan (RM10 juta), PA Sungai Udang, Segambut (RM5 juta) dan PA Kos Rendah Setia Jaya, Setapak (RM10 juta). Sumber MyMetro Online


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.