Sebelum ini banyak juga gosip cinta membabitkan pelakon yang berstatus janda, Nora Danish. Lepas satu persatu lelaki dikaitkan dengannya. Namun semua itu langsung tidak menjejaskan karier beliau yang semakin laris dalam industri hiburan. Terbaru, Nora Danish telah digosipkan sedang berkawan rapat dengan anak kepada seorang menteri. Ianya menjadi pertanyaan peminat dan pihak media anak menteri mana pula yang dikaitkan dengannya.

Akhirnya menerusi laporan mStar Online, Nora Danish mengakui sedang berkawan rapat dengan jejaka bernama Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri. Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, pemuda itu juga mempunyai kriteria lelaki pilihan untuk menjadi suaminya.

nora danish bertudung

“Saya berkawan dengan ramai orang, buat masa sekarang Nadeem adalah kawan lelaki paling rapat dengan saya, lagi pula rumah kami berdekatan dan senang untuk meminta bantuan daripadanya. Dia seorang yang baik, sentiasa bersikap positif dan suka bersedekah. Dia ada kriteria lelaki pilihan yang boleh dijadikan suami,” katanya dipetik laporan berkenaan.

Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikatakan sedang intim. Khabar angin percintaan mereka tercetus apabila pelakon itu memuat naik gambar mereka di laman sosial Instagram miliknya. Bagaimanapun Nora berkata, hubungan tersebut hanyalah sekadar teman rapat dan hatinya masih belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga semula.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.