Ada dua isu menarik yang menjadi tumpuan media dan peminat kepada pelakon Bella Dally. Pertama, isu bertudung dan yang keduanya adalah isu hubungannya dengan Nazim Othman. Berkenaan isu bertudung, Bella menceritakan keputusan penghijrahannya itu berlaku di atas kerelaannya sendiri.

“Ia bukanlah secara tiba-tiba sebaliknya sudah lama saya menyimpan niat untuk bertudung. Saya tidak mengalami sebarang mimpi ngeri atau apa-apa yang berkaitan. Tetapi, saya berhijab hanya kerana ALLAH SWT,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia tidak risau jika mengalami kekurangan tawaran lakonan, Bella bagaimanapun meletakkannya sebagai ketentuan dari-NYA.

bella dally bertudung

“Pada awalnya, rasa risau itulah yang menyebabkan penghijrahan saya tertangguh. Tapi, akhirnya saya memandang positif akan perkara itu. Setiap rezeki itu datangnya daripada ALLAH SWT dan saya yakin mengenainya,” katanya.”

Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Nazim dan reaksi kekasihnya itu dengan penghijrahannya, Bella mengakui masih lagi bersama dengan kekasihnya itu. Bagaimanapun Bella tetap tegas dengan keputusannya yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai hubungan mereka berdua.

“Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu (isu putus cinta). Saya minta maaf,” katanya.

“Dia sangat menyokong saya. Bila dia sokong, itu bermakna dia suka,” jelas Bella mengenai maklum balas yang diterima daripada kekasihnya yang juga pelakon, Nazim Othman berhubung keputusannya untuk berhijab.

Pada masa sama, Bella juga bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada kedua ibu bapa dan rakan-rakan di sekelilingnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Bella kini baharu saja menghabiskan penggambaran drama bersiri 60 episod arahan Feroz Kadir iaitu Kusinero Cinta. Jelasnya lagi, penampilannya dalam drama bersiri berkenaan, dia masih lagi belum berhijab dan berharap peminat faham akan situasi tersebut.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.