Sebagaimana yang kita maklum, Hanez Suraya ada berikan bayangan yang hubungan cinta antara dirinya dengan ‘kekasih gelapnya’ iaitu Romie sudah berakhir atas tekanan ramai oleh kerana dia dianggap seperti merampas kebahagiaan orang lain.

Namun kenyataan terbaru Hanez hari ini menerusi akhbar Berita Harian sudah tentu menimbulkan tanda tanya sama ada hubungan mereka berdua kini masih berjalan atau pun sudah menemui noktah akhir.

Hanez yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran pada 22 Ogos ini berkata beliau mengakui rela hubungannya dengan Romie berakhir namun lelaki itu khabarnya terus mencuba dan berusaha untuk menawan hatinya dan membuatkan pelakon itu semakin sayang dan tidak dapat menjauhkan diri.

“Saya sendiri kasihankan anak mereka. Malah di saat kes mereka terus berjalan, saya berkecil hati sebenarnya kerana terus-terusan dianggap sebagai punca kepada apa yang terjadi membabitkan mereka. Saya terus dipersalahkan. Benar, saya tak nafikan saya hadir dalam hidupnya pada waktu yang salah. Tapi saya tak mampu melawan kehendak takdir. Saya pernah terdetik untuk putuskan hubungan ini tetapi dia terus mencuba untuk memiliki saya. Malah saya cuba membawa diri untuk menjauhkan diri daripadanya tetapi semakin jauh saya cuba lari, semakin kuat pula usahanya untuk memenangi hati saya. Saya masih sayangkannya. Anaknya pun memang rapat dengan saya,” ujar Hanez Suraya dipetik sumber berkenaan.

hanez suraya masih sayangkan romie

Alamak, kalau macam ni agak parah juga. Berdasarkan kepada kenyataan Hanez, beliau sudah berusaha untuk mengelak dari Romie. Namun Romie yang masih cuba memujuknya. Adakah benar begitu? Pada ammboi, Hanez semacam mahu memanaskan kembali rumahtangga Romie sahaja. Jika benar sekalipun Romie masih cuba memikatnya, kenapa perlu dedahkan kepada media? Sama seperti Hanez juga mahu menggangu rumahtangga Romie dan Liyana sahaja. Lagi teruk kalau apa yang didakwa oleh Hanez tidak benar.

Nampaknya kes ini akan kembali panas dan meletup-letup tidak lama lagi….


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.