Diana Danielle Nafi Kontroversi Ditahan Di Sydney Ketika Bulan Madu | Isteri kepada pengarah dan pelakon Farid Kamil, Diana Danielle menafikan khabar angin yang tersebar sejak semalam kononnya dia ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney. Diana Danielle menafikan khabar angin berkenaan menerusi laman mikro Twitternya.

“Saya tak pernah ditahan di imigresen Sydney. Untuk apa? Boleh tolong jangan sebarkan fitnah? Tak ada masalah masuk dan keluar negara pun. cukup dengan cerita yang merepek dan negatif. Saya mahu ‘jogging’ di sepanjang pantai dalam cuaca yang cantik ini. Bye!” tulis Diana dalam akaun Twitternya.

farid kamil dan diana danielle bulan madu

Pelakon yang kini sedang hamil dua bulan itu masih berada di Sydney atas urusan pengajiannya. Diana dikatakan ditahan oleh pihak berkuasa di lapangan terbang Sydney kerana usia kandungan yang terlebih had. Khabar ini timbul apabila Farid dikatakan pulang seorang diri selepas selesai berbulan madu di Australia. Sebelum ini, dia dan Farid ke Sydney untuk berbulan madu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.