Diana Danielle Sah Mengandung | Farid Kamil mendapat berita gembira apabila isterinya, Diana Danielle disahkan hamil. Berita tersebut dikongsi oleh pasangan selebriti itu menerusi gambar alat ujian kehamilan Diana yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter dan Instagram mereka.

“Hadiah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna. Terima kasih kepada Allah S.W.T.,” ucap Diana yang dipetik menerusi laman Twitter.

Pada 3 November lalu pasangan selebriti itu telah selamat bernikah dalam upacara yang berlangsung di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang. Majlis resepsi pasangan itu pula akan diadakan pada 30 November ini di Kuala Lumpur dan diikuti dengan majlis di pihak keluarga Farid di Jitra, Kedah pada 12 Disember.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.