Diana Danielle Semakin Panik Menjelang Hari Nikah | Diana Danielle bakal melangsungkan pernikahan dengan Farid Kamil pada 3 November 2012 ini. Diikutkan masih ada lebih dari 10 hari lagi pasangan berkenaan bakal diijabkabulkan. Majlis akad nikah mereka pula akan berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang.

Bagaimanapun bercakap menerusi berkata mStar Online, Diana memberitahu dia tidak berdebar menantikan hari bahagianya itu sebaliknya aktres cantik ini panik dan tidak keruan menjelang 3 November 2012 nanti. Pelbagai persiapan rapi untuk majlis akad nikah itu membuatkan dia tidak menang tangan hingga menjejaskan keadaan kesihatan.

“Saya masih kelam-kabut dalam membuat persiapan menjelang hari pernikahan kami pada 3 November depan. Ini kerana, semua persiapan untuk majlis itu saya dan keluarga lakukan sendiri. Alhamdulillah, walaupun keadaan agak berserabut dan beberapa kali saya hampir terkena migrain, semua persiapan berjalan dengan baik. Cuma, kini kami sedang sibuk dengan urusan mengedarkan kad jemputan pula,” katanya.

Minggu lalu, bakal suaminya Farid membuat kejutan apabila mengumumkan berita pernikahan mereka pada majlis tayangan filem arahannya berjudul Pe3. Sebelum ini, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 2 September lalu selepas tiga tahun bercinta.

Majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan pada 21 November 2012 depan bersempena ulang tahun kelahiran Diana yang ke 21 pada tarikh itu. Majlis sambut menantu di rumah keluarga Farid di Alor Setar, Kedah pula pada Disember depan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.