Kecoh juga dengan isu Farid Kamil vs ibu mertuanya, Norsiah Ramli. Farid Kamil dikatakan telah menghalang ibu mertuanya itu dari berjumpa dengan anaknya tanpa kebenarannya. Dalam pada itu, bercerita tentang kelahiran anak sulungnya pada 2 Julai lalu, Farid berkata dia tidak dapat mengambarkan perasaannya bergelar bapa. Jelasnya, dia gembira, bangga dan sedih yang bercampur baur ketika melihat anak sulungnya itu.

“Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, bangga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu. Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses tersebut di sana,” katanya proses tersebut akan dilakukan di Malaysia selepas mereka pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

Diana-Danielle-Kongsi-Gambar-Pertama-Dengan-Anak-Sulung

Sementara itu, Farid berkata isterinya berada dalam keadaan sihat selepas bersalin dan masih berada dalam pantang. Cuma Diana Danielle lebih emosi dan bersikap “mother blues” sejak lepas bersalin.

“Diana sihat cuma selepas bersalin dia lebih emosi dan bersikap “mother blues” iaitu terlalu melindungi anaknya. Saya sendiri tidak dibenarkan mengambil bayi itu terlalu lama dan sentiasa takut orang ambik anaknya,” katanya.

p/s: Kenapa agaknya tu. Jangan melarat sudah. Harap Diana Danielle bertenang…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.