Diana Danielle Tidak Kisah Pakai Baju Murah Demi Adik Angkat? | Diana Danielle lebih teruja memperuntukkan bajet lebih darinya untuk adik angkatnya yang sedang membesar. Kaletah dan gelagat Halley Hayden, 4 tahun membuatkan keluarganya lebih meriah pada hari raya. Oleh itu Diana memberikan lebih tumpuan kepada pakaian dan hal ehwal adik angkatnya itu pada hari raya ini.

Pemilik nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, 21, ini juga berkata, personaliti dirinya yang ringkas membuatkan dia tidak peduli soal pakaian Hari Raya tetapi lebih mengutamakan soal makanan dan minuman setiap kali pulang ke kampungnya di Perak.

“Saya jenis orang yang ringkas dan tidak kisah mengenai jenis pakaian untuk Hari Raya. Saya tidak tempah apa-apa pun tetapi hanya beli baju yang murah-murah di pasar raya. Buat apa hendak pakai baju yang mahal-mahal tetapi duduk di kampung dan tiada siapa yang nampak? Saya beli baju sepasang dua pun untuk beraya dengan kawan-kawan di Kuala Lumpur sahaja.” katanya lagi.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.