Difitnah Keluar Dengan Bekas Kekasih, Ana Dahlia Nafi Curang Dengan Suami | Resam dunia hiburan, benda tiada jadi ada. Benda tak berlaku pun dikatakan berlaku. Seperti juga yang terjadi kepada pasangan selebriti ini. Tiada angin, tiada ribut, alih-alih baru-baru ini rumah tangga Ana Dahlia dan chef selebriti, Chef Riz dikhabarkan sudah berantakan.

Memetik laporan Malaysia Digest, semuanya dikatakan berpunca daripada tindakan Ana Dahlia yang kerap menghubungi serta keluar bersama bekas teman lelakinya. Bagaimana, Ana menerusi sebuah portal hiburan menjelaskan, khabar angin sebegini adalah perkara yang tidak dapat dielak dalam industri hiburan.

Malah, Ana turut menegaskan, hubungannya dengan Chef Riz tidak bermasalah seperti dikhabarkan beberapa pihak dan berharap kebenaran yang terbukti suatu hari nanti.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.