Seorang pelayan kedai makan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam, selepas didapati bersalah merogol kekasihnya, tahun lalu. Tidak cukup dengan itu, Mohd Johari Razmi, 25, turut dikenakan dua sebatan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Memetik sumber berita Sinar Harian, tertuduh didakwa merogol remaja berusia 14 tahun sebulan itu di sebuah pondok di Kampung Wakaf Mek Zainab di sini, pada jam 10 pagi, awal Januari 2012. Pada prosiding semalam, peguam, Ilyas Mohd Noor memohon hukuman ringan dikenakan terhadap tertuduh berikutan anak guamnya itu sudah insaf dan memberi kerjasama yang baik sepanjang kes dibicarakan.

rogol kekasih bawah umur

Namun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali memohon hukuman berat, mengambil kira kepentingan awam melebihi diri tertuduh. Beliau berkata, jarak umur tertuduh dengan mangsa juga terlalu jauh. Tertuduh sepatutnya melindungi mangsa dan bukan mengambil kesempatan di atas kedaifannya.

Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, Mohd Yusoff membenarkan penguatkuasaannya ditangguhkan seperti dimohon tertuduh melalui Ilyas dengan syarat rayuan difailkan semalam dan jamin berjumlah RM20,000 dijelaskan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.