Dikhabarkan Mati, Malique Too Phat Keluarkan Kenyataan Di Youtube | Sebaik saja dikhabarkan meninggalkan dunia, pihak Warner Music Malaysia telah bergegas ke rumah komposer, rapper dan penyanyi Malique di kediamannya di Kota Damansara, petang tadi. Ternyata, Malique yang juga anggota kumpulan Too Phat ketika ditemui sihat walafiat di samping keluarganya.

Namun, Malique sendiri khabarnya terkejut apabila mengetahui tentang berita yang kononnya mengatakan dia sudah mati, apatah lagi bila ianya telah disebarkan dengan begitu meluas sekali di dalam industri hiburan tanah air. Bingung dengan motif serta penyebaran berita palsu tersebut, Malique serta-merta telah mengeluarkan kenyataannya sendiri berhubung hal tersebut di dalam Youtube. Berikut adalah kenyataannya:-

“thank you for your prayers but there is a slight problem. nobody is sick, nobody is dead. no cancer, no coffin. this is a fictional song written for black and monkey bone records. everyone involved in the production of this song is pretty much healthy and living happily. stop being over emotional and stop the negative rumors, this is just a song. just enjoy it. cheers, qarma musiq”.

Kenyataan tersebut telah disiarkan di dalam youtube lagu Teman Pengganti yang menggandingkan Malique dengan Black. Malique yang masih lagi memegang status sebagai artis distribution untuk syarikat rakaman Warner Music Malaysia banyak menghasilkan lagu gandingan bersama beberapa penyanyi rakaman tanah air. Antarany ialah Dato M Nasir, Jamal Abdillah, Black , Najwa Mahidin dan Amanda Imani.(sumber murai.com.my)

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.