Dikritik Betis Macam Batang Pisang, Apa Reaksi Neelofa? | Lawak pun ada cerita macam ni. Ada ke patut cerita pasal betis pun nak jadi kecoh. Namun itulah resam dunia seni ni. Pasal betis pun boleh jadi kes. Tambah pula melibatkan artis kontroversi seperti Neelofa. Baru-baru ini menerusi beberapa laporan media ada pihak yang mengkritik tentang betis aktres ini besar seperti batang pisang.

Jadi, apa penjelasan Neelofa berhubung isu betisnya itu pula?

“Kelakarlah kalau nak komen tentang kaki sendiri. Saya jenis yang pakai apa sahaja yang saya suka dan mengikut keselesaan saya. Setakat ini saya gembira dengan apa yang saya pakai dan bersyukur dengan anugerah Allah kepada saya”, katanya dalam laporan akhbar Kosmo semalam.

Dalam pada itu Neelofa juga ada menyentuh mengenai isu dituduh tidak profesional dan kurang ajar oleh seorang pereka fesyen, Nurita Harith. Buat masa ini Neelofa memohon maaf kerana dia tidak mahu komen tentang perkara tersebut.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.