Semalam perbicaraan kes khalwat pelakon Shahrizal Jaszle dengan pasangannya Farah Nurizzati Salleh telah dijalankan. Dalam perbicaraan itu, Farah telah mengaku bersalah terhadap tuduhan itu bagaimanapun Shah Jaszle mengaku tidak bersalah diatas tuduhan itu dan tetap akan lawan selain menegaskan beliau diperangkap.

Memetik laporan mStar Online, Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, berkata, walaupun pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu, dia tetap akan membuktikan telah diperangkap oleh wanita berkenaan.

“Saya tidak akan mengaku kalah dengan menyatakan diri saya bersalah atas tuduhan itu kerana ia tidak benar. Saya sebenarnya sudah diperangkap dan kini sedang mengumpulkan bukti-bukti untuk meneruskan kes ini. Sekarang ini saya hanya fokus kepada pihak saya sahaja dan kini saya dan peguam, Asyraf A.Ranee akan membentangkan beberapa perkara kepada pihak mahkamah agar mereka menilai semula kes saya ini,” ujarnya selain memberitahu pengakuan bersalah wanita itu di mahkamah membuatkan kerjanya menjadi lebih mudah untuk mengendalikan kes tersebut.

shah jaszle dan farah kes khalwat

Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Selasa memerintahkan Shahrizal Jaszle membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat dengan Farah Nurizzati, seorang pegawai bank. Bagaimanapun wanita tersebut mengaku bersalah dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah menetapkan 21 Januari 2014 sebagai tarikh perbicaraan terhadap Shahrizal.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.