Disiplin Kunci Utama Untuk Berjaya – Reen Rahim | Juara dalam program realiti “Pilih Kasih” Noreen Ashikin, atau lebih dikenali sebagai Reen Rahim, terus mengorak langkah dalam dunia lakonan, dan terbaru, dia sedang menjalani penggambaran filem ‘Balun’ di sekitar Taiping, Perak. Katanya, dalam filem itu dia memegang watak sebagai ‘Mona’ dan ianya merupakan watak antagonis.

“Reen suka watak ini, keranan bagi Reen, watak jahat mudah untuk dilakonkan. Buat pertama kalinya, Reen belajar menunggang motorsikal.”ujarnya sambil berseloroh yang dipetik dalam portal gua.com.my selain memberi sedikit pujian kepada pihak media, bahawa mereka banyak membantu, dalam mempromosikan nama dan dirinya.

“Alhamdulillah, media banyak membantu Reen dalam, kerjaya Reen. Reen juga percaya pada rezeki, dan disiplin, itulah kunci utama untuk Reen berjaya.” katanya.

Mengenai perkembangan terbaru, Reen membintangi drama Runtun Qalbu, lakonannya bersama Fasha Sandha, dan Kamal Adli, yang sedang ditayangkan di TV3.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.