“Doakanlah Saya Bertudung” – Adira | Ramai yang berharap cerita yang tersebar baru-baru ini iaitu berkaitan Adira yang sudah kekal bertudung adalah benar. Namun ramai juga yang hampa dan kecewa setelah penjelasan dari Adira bahawa akaun Facebooknya telah digodam dan cerita dia sudah berhijrah adalah tidak benar.

“Untuk makluman semua, akaun facebook saya telah pun di’hacked’. Ini adalah kali kedua akaun saya facebook saya di’hacked’ dan kali ini saya tidak dapat menggunakannya lagi. Namun, sejak akaun facebook tersebut di’hacked’, macam-macam kenyataan yang keluar di situ, termasuklah kenyataan yang kononnya saya telah pun berhijrah serta berhijab (bertudung),” ujar Adira yang dipetik daripada portal Murai.

Menurut Adira, dia mengenakan tudung ketika menghadiri kelas agama Usrah Fitrah dan pada waktu lain penampilannya masih sama seperti dulu. Bagaimanapun Adira tidak menafikan niatnya mahu ‘berubah’. Oleh itu dia mohon peminatnya mendoakan agar apa yang dinafikannya itu terjadi pada masa depan.

adira bertudung

“Insya Allah, satu hari nanti, pastinya saya akan ke arah itu. Siapa yang tidak mahu berubahkan? Doa-doakanlah saya ya.”

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.