Berdasarkan kepada situasi semasa, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa kini diserang dari pelbagai penjuru. Tambahan pula isu penajaan dari UniKL atau Mara nampaknya masih belum reda.

Menerusi catatan di laman Facebook miliknya, beliau nampak masih tenang dengan membalas hujah-hujah yang dilontarkan kepadanya. Malah, bagi isu penajaan UniKL, beliau sempat ‘berterima kasih’ kepada pihak yang menyebarkan surat menyurat, baucar di antara pasukan bola sepak The Red Warrior (TRW) dan UniKL.

Dokumen yang disebarkan bukti penajaan kepada TRW telus!

Jelasnya, dengan tersebarnya dokumen-dokumen berkenaan, ianya menunjukkan kedua-dua pihak telah melakukan perjanjian dengan telus dan teratur dan mengikut peraturan.

“Ada surat tawaran, ada rundingan dan tawar-menawar, ada kontrak, ada baucar, ada resit dan lain-lain. Saya percaya bukan dengan UniKL sahaja tapi semua penaja lain, semuanya dibuat secara tertib dan berperaturan.

“Kini terbukti penyertaan UniKL dalam tajaan/pakej komersial TRW dibuat secara terbuka, diisytihar dan diumumkan kepada orang ramai, malah majlis menandatangani perjanjian dibuat di depan khalayak dengan publisiti meluas,” katanya.

Banyak pasukan yang kutip duit dari pelbagai sumber tapi segalanya tersembunyi?

Justeru tegas Annuar, penyebaran itu membuktikan tidak berlaku sebarang penajaan secara senyap ke atas TRW. Sedangkan katanya ada pasukan yang tidak mendedahkan sumber kewangan mereka.

“Nama UniKL terpampang di jersi seperti dalam kontrak, saya bangga tajaan TRW dibuat secara terbuka dan beretika. Masih banyak pasukan yang kutip duit dari pelbagai sumber tapi segalanya tersembunyi.

“Tiada siapa tahu siapa penyumbang. Ada tajaan atau sumbangan kepada pasukan negeri, ada kepada pasukan kelab, malah ada kepada pasukan milik individu. Itu biarlah ikut cara masing-masing,” luahnya.

“Saya bangga TRW sebagai pasukan bolasepak negeri dan mempunyai cara tajaan yang teratur, berdokumen dan telus,” tulisnya lagi.

TRW sudah berada di depan!

Jelas Annuar lagi, walaupun beliau bukan lagi Presiden Kafa, namun besar harapannya agar TRW kekal sebagai pasukan milik ramai, berurusan secara berintegriti, diurus secara beramanah dan tidak menjadi hak mana-mana individu.

“Kini saya sebagai salah seorang penaja, kita taja selagi TRW bukan milik individu, selagi TRW telus, selagi TRW boleh memberi nilai komersil,” katanya.

Menegaskan lagi mengenai perkara itu, Annuar berkata buat masa ini sebagai penaja beliau masih yakin dengan TRW.

“Insya-ALLAH TRW adalah pilihan kita dalam memberi pulangan komersil dari pakej penajaan yang mereka tawarkan. Bola belum bermula, jersei belum dijual tapi TRW sudah berada di depan dalam pendedahan dan perhatian para pengguna, hebat TRW kan kan?,” katanya. [Sumber asal: FB Tan Sri Annuar Musa & Sinar Harian Online]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.