Datuk Dr Fazley Yaacob Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 | Akhirnya Masterchef Selebriti Malaysia 2012 melabuhkan tirainya semalam. Datuk Dr Fazley Yaacob telah dinobatkan selaku juara edisi sulung program masakan berkenaan setelah menewaskan pesaingannya, Angah Raja Lawak pada aksi Grandfinal Masterchef Selebriti 2012.

Siapa sangka daripada tidak pandai menanak nasi, penyanyi dan pakar motivasi, Dr Fazley Yaacob, 33, mampu muncul setelah menewaskan 15 lagi selebriti lain. Beliau antara peserta yang memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung.

Wang kemenangan sebanyak RM57,500 pula bakal disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya.  Turut bertarung dalam MasterChef Selebriti ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong.

Info Grandfinal Masterchef Selebriti 2012:

  • Fazley – RM57,500 (Untuk Yayasan Jantung Malaysia)
  • Angah – RM7,500 (Untuk Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil)

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.