Tahniah kepada Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin yang sudah sah bergelar suami isteri semalam. Ternyata, faktor perbezaan usia bukan penghalang untuk mengikat cinta antara mereka. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya, bagaimana dua selebriti ini boleh intim dan seterusnya mengukuhkan kasih diantara mereka sehingga ke jinjang pelamin. Sudah tentu ada sesuatu pada Zain yang berjaya membuatkan Che Ta tertawan dan begitulah sebaliknya antara mereka berdua.

Memetik laporan mStar Online, anak sulung Che Ta iaitu Ammar Effendy, 17, mendedahkan bapa tirinya iaitu pelakon Zain bijak memujuk ibunya terutama sekali apabila berlakunya perselisihan faham. Ammar berkata, Zain akan bercakap menggunakan dialek Kedah setiap kali mahu memujuk Rozita dan petua itu mampu membuat ibunya tersenyum disebabkan dialek Zain itu berbunyi agak pelik.

Camera 360

“Uncle (Zain) memang pandai pujuk mommy (Rozita) guna dialek Kedah. Kelakar bunyinya apabila ‘mat saleh celup’ berbahasa begitu. Dia bukan sahaja pandai mengambil hati mommy tetapi juga saya dan adik (Aniq Ezzra, 15). Uncle selalu bawa kami main bola dan tengok wayang,” katanya.

Ammar dan Aniq merupakan anak Rozita hasil perkahwinan terdahulu Rozita dengan Azuar Effendy Zulkafly, 41. Mereka berpisah pada 2003. Dalam pada itu, Aniq pula berkata, ibunya mula memberitahu mengenai perancangan perkahwinan mereka empat bulan lalu dan berita itu membuatkan dia dan abangnya gembira.

“Sebelum itu, mommy membawa kami bercuti di Genting Highlands dan memperkenalkan Uncle kepada kami. Tetapi masa itu dia tak cakap apa-apa kerana mommy ini kalau nak tahu, seorang perahsia. Dah lama selepas itu barulah mommy terangkan pada kami. Mula-mula rasa peliklah juga, maklumlah Uncle kan lebih muda dari mommy. Tetapi melihat kesungguhan Uncle terhadap mommy membuatkan kami selesa dan pada masa sama mereka tidak mengabaikan saya dan abang,” ujarnya yang masih tidak tahu apakah panggilan paling sesuai buat Zain sekarang ini.

Ditanya adakah mereka tidak sabar untuk menerima adik baharu, seloroh Ammar: “Kan saya dah ada adik dah. Tetapi bolehlah juga, dapat adik kacukan.”


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.