Cuepacs Tidak Bersetuju Dengan Dua Dasar Baru SPA | Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan dua dasar baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam usaha meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam.

Tindakan SPA memperkenalkan dua dasar baru bertujuan meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam dan penyelesaian kepada masalah 35,000 pemilik ijazah yang bekerja secara kontrak ketika ini berkuatkuasa semalam.

Dasar yang diperkenalkan itu adalah :

  • Membenarkan calon memiliki Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat SPM.
  • Membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sahaja sebelum ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman menyifatkan dasar-dasar berkenaan sebagai tidak relevan dan merupakan ‘langkah ke belakang’ berbanding amalan sebelum ini. Katanya, dasar tersebut langsung tidak mencerminkan daya saing dalam kalangan pemohon yang berbeza kelayakan malah mendakwa ia adalah satu pembaziran.

Beliau berkata, jika calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda layak memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagaimana pula dengan nasib calon yang memiliki SPM, Sijil dan Diploma. Lagipun sekiranya calon memiliki ijazah tersebut menerima tawaran yang setimpal dengan kelayakan, sudah tentu dia akan meninggalkan jawatan SPM yang dimiliki. Kemudian, SPA perlu buat lagi temuduga untuk cari pengganti, ia adalah pembaziran dan menyebabkan kekecohan.

Cuepacs akan membawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri. Kalau tidak dapat, pihaknya akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara dan mereka tidak akan berjumpa atau berbincang dengan SPA kerana SPA sendiri tidak pernah mengundang mereka untuk membincangkan dasar baru ini sebelum ianya dilaksanakan.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.