Satu pertemuan telah diaturkan oleh wartawan untuk menemukan seorang peniaga dengan Ahmad Reza Samsuddin, bapa tiga anak yang jadi viral di media sosial baru-baru ini kerana pulang ke kampung menunggang motosikal bersama anak-anaknya.

Dua jam pujuk akhirnya Ahmad Reza terima kereta sumbangan peniaga – Pertemuan itu diaturkan kerana peniaga berkenaan mahu menyumbang sebuah kereta Proton Iswara selepas tersentuh dengan kisah kepayahan hidup Ahmad Reza.

Dalam pertemuan itu, wartawan dan peniaga yang enggan dikenali (dalam gambar yang pakai TOPI MERAH) terpaksa mengambil masa selama hampir dua jam untuk memujuk Ahmad Reza supaya menerima kereta terbabit. Akhirnya Ahmad Reza bersetuju dengan sumbangan berkenaan namun beliau menganggap ia hanya sebagai pinjaman.

DUA JAM PUJUK AKHIRNYA AHMAD REZA TERIMA KERETA SUMBANGAN PENIAGA

“Saya menganggap kereta ini sebagai pinjaman dan berjanji kepada pemiliknya akan menggunakannya sebaik mungkin. Jika saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya. Saya sama sekali tidak menyangka ada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang begitu prihatin terhadap nasib kami sehingga sanggup ‘meminjamkan’ saya kereta demi keselamatan anak-anak. Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kami empat beranak dan saya harap saya tidak dipandang serong kerana bukanlah niat saya untuk mendapat perhatian sehingga ke tahap ini,” kata Ahmad Reza Samsuddin, 38 dipetik laporan myMetro.

Sebelum ini nasib keluarga Ahmad Reza mula mendapat perhatian seluruh masyarakat negara ini apabila gambar dia menunggang motosikal bersama tiga anak lelakinya berusia tiga hingga lapan tahun dari Sepang ke Pulau Pinang menjadi ‘viral’ di laman sosial dua minggu lalu.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Komen Pilihan: Alhamdullilah ..ramai rakyat malaysia dermawan…tetapi cuba kita berfikir adakah dengan pemberian kereta tu telah menyelesaikan masalah brader tersebut…sebenarnya tidak,malah akan bertambah lg bebannya untuk kos maintenance kereta.insuran roadtax,minyak dll..fikir2kanlah. – FB Hafiz Aizud Yusof

Benar apa yang dikatakan oleh saudara Hafiz. Yang kita maklum, nak balik kampung pun Ahmad Reza hanya ada RM50. Kalau dia ada kereta sekalipun, belum tentu boleh balik kampung dengan kereta berkenaan. Minyak dan TOL pun dah lebih RM50. Apapun, niat orang ikhlas untuk membantu. Terima ajelah. Sama-sama kita doakan Ahmad Reza dipermudahkan rezeki. Insya Allah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.