Dua Komando Polis Maut Terkena Serangan Mortar Penceroboh Bersenjata Dari Filipina | Kita sebelum ini digembarkan dengan kehadiran penceroboh bersenjata dari Filipina yang dikatakan mendakwa mereka dari Kerajaan Sulu. Kerajaan telah mengadakan perundingan agar penceroboh berkenaan keluar dari negara. Namun lain yang berlaku. Menurut laporan berita sebentar tadi, apabila dua komando polis terbunuh selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo.

Berdasarkan sumber berkenaan, Kampung Tanduo telah menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina dan komando polis berkenaan terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

perang lahad datu 1

Pihak berkuasa juga telah mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku. Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

lahad datu darurat

Berdasarkan video yang tersebar menerusi Facebook, dapat dilihat pihak berkuasa telah mengerahkan anggota tentera (dapat lihat ada 9 buah trak membawa anggota tentera) untuk ke lokasi kejadian. – BH Online | Sumber gambar Video Facebook

[UPDATE] 01/03/13 – 4.30PM Lahad Datu: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan perintah berkurung serta merta di seluruh pekan ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. – Harian Metro


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.