Dua lagi kertas UPSR didakwa bocor? Polis hari ini menerima laporan mengenai dakwaan kebocoran dua lagi kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, dua laporan polis berhubung kebocoran dua kertas ini telah dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pukul 11 pagi tadi.

“Polis telah menerima laporan itu hari ini dan akan menyiasat,” katanya dipetik laporan Sinar Harian Online.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata kes kebocoran terbaharu itu akan disiasat oleh pasukan sama yang sedang menyiasat kes kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan bocor sebelum ini. Menurut jadual peperiksaan UPSR 2014, kesemua calon telah menduduki kertas Bahasa Tamil dan Matematik pada 10 September lepas.

upsr 2014 bocor

Sebelum ini, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 didakwa telah bocor. Berikutan itu, Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.