Dua Pemain Kelantan Mahu Sertai ATM 2013 | Angkatan Tentera Malaysia (ATM FA) melakukan persiapan awal untuk saingan musim depan apabila bakal menawarkan tempat kepada dua pemain tonggak Kelantan, The Red Warriors (TRW). Juara Liga Perdana 2012 itu sudah tentu mahu memperkuatkan pasukan mereka bagi menyaingi pasukan Liga Super yang lain.

Menurut sumber portal RedsfcNews, khabar dari kem Sang Kijang menyatakan dua pemain di posisi tengah Kelantan akan ditawarkan kontrak oleh pihak pengurusan juara Liga Perdana tersebut. Kengganan dua pemain berkenaan menyambung kontrak dengan Kelantan sudah tentu petanda awal penghijrahan mereka ke ATM FA musim depan. Setakat ini masih belum diketahui status tawaran kontrak itu tetapi pemain yang akan ditawarkan tempat itu sudah dihubungi dan bersetuju untuk menyertai ATM pada saingan 2013.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.