Segalanya kuasa tuhan kan. Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan. Bak kata orang bisnes, kalau kita tak berani untuk mengharungi cabaran yang datang, baik kita dok rumah jual surat khabar lama ajer la. Eh..ada ker orang bisnes cakap itu macam?….(biarkanlah ianya menjadi tanda tanya). Sedikit demi sedikit ammboi mula mengenali dunia blog yang sebenarnya. Dulu sengsorang jer menempuhi alam blog ni. Masa tu lebih kurang hujung 2007. Tak tahu lagi apa fungsi berblog ni.

Niat buat blog semata-mata nak update cerita sediri ajer. Kehijauan ilmu blog masa tu buatkan ammboi jakun sekali. Semua yang ada dalam blog membuatkan ammboi sendiri susah nak bukak. Bayangkan…dengan adanya jam, kalendar, widget animasi la, dengan google news lagi, tambah pulak dengan widget lagu dan gambar. Adusss…dasat masa tu kan. Opss..ammboi bukan nak mengata pada mereka yang pasang widget lagu tu. Maaf yer.

Setapak-demi setapak pulak ammboi cuba menghidupkan blog ammboi. Masa tu langsung tak tahu apa ‘maknanya’ blogwalking. Setakat kenal beberapa rakan blog yang sudi membantu ammboi jer. Tu pun diorang mungkin malas nak masuk blog ammboi yang berat gedabak tu..kah..kah..kah… (gelak sengsorang depan pc). Masuk tahun 2008 ammboi mula kurang aktif berblog. Masa tu tak kenal mana-mana kompeni pengiklanan lagi. Yang ada iklan google adsence yang memaparkan iklan masyarakat di google. Entah apa entah ler yang ammboi amik masa tu. Kemudian mood untuk berblog makin kurang dan terus berkurangan….

Tak silap ammboi, dalam hujung 2008 kot, ammboi mula mengenali beberapa syarikat pengiklanan. Namun hampa kerana kurang ‘baik’ dari segi ehem-ehemnya. Dan perkenalan dengan Nufnang sekikar awal 2009 mula merubah persepsi ammboi terhadap dasar ‘blog boleh menjana pendapatan’. Ya, Nuffnang memang sebuah organisasi pengiklanan yang terbaik terdapat dinegara kita ni. Pendapatan 0.25 sen yang pertama menjadi bukti Nuffnang adalah yang terbaik.

Dengan peranan Nuffnang yang ada membantu rakan blogger, ammboi mengajak beberapa rakan dipejabat untuk turut sama berkongsi ‘untung‘ yang ada. Mula-mula sekali ammboi mengajak Currentlife2u (C2U)  untuk turut sama berblog. Masa tu sekitar 2009 kot. Tak pasti sangatlah. Sedikit demi sedikit ammboi mula berkongsi idea dengan C2U. Blog kami mula berkembang la jugak. Takdela statik macam dulu. Peranan Nuffnang nyata begitu mengasyikkan bagi kami. Sehinggalah pada lewat 2010. Seorang lagi rakan ammboi, AbgTeror juga menyertai kami.

Yer, blog bukan untuk duit. Namun blog boleh memberi pendapatan sampingan yang langsung tak ada dengan rangkaian sosial yang lain. Sekurang-kurangnya adalah jugak sekeping dua cek mai hinggap kat jendela kan. Bukan hanya meng’kaya’kan generasi ‘haram jadah’ tu jer semata-mata. Dengan adanya C2U dan AbgTeror ni, banyak yang dapat kami kongsikan. Sebagai contoh, info tentang blog, tips-tips, dan lain-lain mampu membuatkan semangat untuk berblog bertambah.

Awal 2011, ammboi mula bertekad untuk lebih serius dalam blog. Dengan pendapatan yang ada, apa salahnya ammboi laburkan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih selesa lagi kan. Kali ini ammboi beralih kepada DOMAIN.COM. Pembelian domain ni ammboi beli dari GoDaddy. Masa tu ammboi kena bayar sekitar USD10. Bermulalah zaman domain dot com ammboi iaitu www.ammboi.com.

Namun demikian, ammboi dapat rasakan banyak kekurangan yang ada pada blog ammboi ni. Dengan UV yang hanya sekitar 200-300 sahaja sehari ammboi rasakan perlu membuat sesuatu yang lagi baik. Malahan masa tu blog ammboi sering sahaja kena spam, malware dan sebagainya. Kemudian, domain server luar ni sudah tak boleh nak akses lagi di pejabat ammboi. Apa lagi, ammboi mula merangcang untuk beralih ke dunia HOSTING BERBAYAR yang masa tu ammboi fikirkan mampu memberi keselesaan kepada ammboi untuk berblog. Berdasarkan tips dan pandangan yang diberikan oleh Mak Lagenda ammboi cuba untuk mensurvey syarikat hosting mana yang sesuai dengan ammboi.

Penghijrahan ke NETKL ( Domain + Hosting ) menjadi satu fenomena baru kepada ammboi. Dengan pelaburan sekitar RM70 ammboi sudah boleh tersenyum puas. Hasil yang datang cukup lumayan (bagi ammboi la). Dulu UV sekitar 200-300 sehari, selepas beralih ke dunia hosting berbayar ni, trafik ke blog ammboi mampu mencecah 1000UV sehari. Kira ok la buat blogger cikai macam ammboi. Walaupun pada mulanya agak kekok dengan dunia WordPress ni namun ianya sungguh berbaloi untuk dipelajari. Berkat tunjuk ajar beberapa sifu, antaranya Kak Bee, ammboi dapatlah bertatih dengan blog baru ni. Ingatkan pakej RM70 sudah memadai bagi ammboi kerana diberi 10Gb (BANDWIDTH) sebulan. Rupanya tak cukup, menyesal tak dengar cakap Kak Mimi dulu ek…. Alahai…hari ni (27/6/2011) sekali lagi ammboi melakukan anjakan paradigma nampaknya. Blog ammboi kini beralih ke pakej myGOLD (20GB Bandwidth Sebulan & RM100 Setahun).

Berbaloi atau tidak, ammboi fikir mungkin ada rezeki lain ammboi di suatu hari nanti. Rupa-rupanya tak payah tunggu sehingga suatu hari nanti, tengah hari tadi ada sebuah syarikat pengiklanan telah membalas email ammboi. “Congratulations, your application has been approved”… Haaahhh.. macam tak percaya. Kali kedua mencuba ni setelah zaman bodoh-bodoh alang dulu ada try test namun kena reject bulat-bulat! hehehe….

p/s : inilah entry terpanjang pernah ammboi taip. terima kasih kepada sesiapa yang sanggup membaca sampai ke tahap ni. Sudi-sudilah komen yer.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.