Dzakira Talita Zahra Nama Anak Kedua Siti Sarah Dan Shuib Sepahtu? | Tahniah pada pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib Sepahtu kerana selamat menyambut kelahiran cahayamata kedua mereka pada Jumaat lepas. Info ini dipaparkan oleh Shuib menerusi Instagram miliknya pada hari berkenaan. Berdasarkan kepada gambar yang dikongsikan, bayi mereka seperti sihat dan tidak berada dalam keadaan yang sukar. Syukur Alhamdulillah.
Ada khabar angin mengatakan nama anak kedua Shuib dan Siti Sarah adalah Dzahira Talita Zahra kerana berdasarkan pada hashtag yang diletakkan Shuib pada gambar yang dimuatnaiknya itu, terdapat #dzakiratalitazahra. Bagaimanapun ianya belum disahkan lagi dan sama-sama kita nantikan pengumuman daripada pihak Shuib mahupun Sarah nanti.
Berdasarkan sumber Murai.com.my, nama anak Sepah dan Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra membawa maksud gadis yang berzikir bagai bunga sekaligus melengkapkan keluarga mereka kerana kini telah memiliki sepasang cahayamata.
Tahniah sekali lagi.