e-Bay Jual Kereta Curi? | Seorang lelaki Texas yang kehilangan keretanya 42 tahun lalu, menemui semula kenderaan itu di California selepas mengesannya di eBay, kata pihak berkuasa semalam. Robert Russell memberitahu, dia tidak pernah berhenti mencari kereta Austin-Healey keluaran 1967 itu selepas dicuri dari rumahnya di Philadelphia pada 1970.

Menurut bekas pengurus jualan itu, dia membeli kereta berkenaan daripada rakannya dengan harga AS$3,000 (RM9,535). Bagi Russell, 66, kereta itu ada nilai sentimental kerana pada malam sebelum dicuri, dia membawa bakal isterinya bersiar-siar untuk kali kedua. Dia juga tidak pernah putus asa menghabiskan masa bertahun-tahun melayari Internet untuk mencari kereta berkenaan.

“Agak mustahil untuk melihat kereta itu masih ada kerana ia mungkin menjadi besi buruk,” katanya. Menurut Russell, dia menyemak laman sesawang eBay sesekali dan akhirnya ternampak kereta itu beberapa minggu lalu. Dia serta-merta menghubungi penjual kereta itu yang berada di Beverly Hills. Nombor pendaftaran kenderaan itu sama dengan kereta saya, selain masih mempunyai kunci asal,” katanya.

Bagaimanapun, tiada sebarang bukti ia pernah dicuri daripada Russell. Selepas menghubungi polis Philadelphia, Russell diberitahu, laporan kecurian kereta itu tiada dalam rekod Biro Siasatan Persekutuan kerana nombor pendaftarannya tidak dimasukkan dengan betul. Selepas disemak, laporan itu ditemui dan fail berkenaan dibuka semula, membolehkan pihak berkuasa merampasnya. Menurut nilai semasa, kereta itu dianggar AS$23,000 (RM73,108).

p/s : mantap…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.