Eina Azman Dakwa Ibu Afiq Muiz Kurang Siuman? Apa Kes? | Dimana Afiq Muiz ketika ini? Apa reaksi sebenar dia apabila ‘teman wanitanya’ mengatakan ibu kandung yang melahirkannya tidak siuman? Allahuakbar. Sampai ke tahap ini Eina Azman sanggup luahkan tetapi Afiq Muiz masih tetap berdiam diri? Sepatutnya Eina Azman berfikir terlebih dahulu sebelum keluarkan sebarang kenyataan. Boleh dikatakan kini makin banyak kelemahan yang muncul disebelahnya.

Berdasarkan laporan Sinar Harian hari ini, Eina Azman tetap bertegas mahu meneruskan tindakan saman kepada ibu Afiq Muiz, Hasliza Mohamad kerana kegagalan wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka. Eina sebelum ini memberikan tempoh selama tujuh hari kepada ibu Afiq untuk meminta maaf kepadanya secara terbuka selepas didakwa menyebarkan fitnah ke atas dirinya namun tiada tindakan dari Hasliza.

afiz muiz dan eina azman

Ketika ditanya soal penerimaan Afiq terhadap hasratnya untuk menyaman Hasliza, Eina mengakui tidak mendapat tentangan dari Afiq.

“Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh. Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut… sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Menegaskan mempunyai bukti terhadap ‘serangan’ dari pihak Hasliza, Eina tetap meneruskan hasrat untuk menyaman wanita berusia 48 tahun itu. Selain itu, Eina Azman yakin Hasliza tidak mempunyai bukti dan bertegas apa yang dikatakannya itu adalah fitnah. Eina Azman juga menyifatkan kontroversi tersebut sebagai murahan.

“Boleh tanya dengan Afiq, sepanjang masalah ini, siapa yang ada dengan dia? Mak dia ke keluarga dia ke atau Eina dan keluarga Eina? Memang Eina tak ada masalah dengan Afiq. Sehinggalah mak dia mencetuskan kontroversi murahan seperti ini. Pada Eina, ini adalah kontroversi murahan yang meminta simpati,” katanya.

p/s: Kalau ibu Afiq Muiz, Hasliza nak panjangkan kes ni dia boleh je saman balik kan berdasarkan kenyataan diatas? Namun harap ibu Afiq Muiz bertenang. Kebenaran pasti akan terserlah sekiranya kita bersabar. Banyakkan berdoa, semoga ‘mereka’ mendapat hidayah dari-NYA.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.