Elemen Roh dan Alam Barzakh Dalam Hantu Kapcai Tiada Niat Persendakan Islam | Elemen roh dan alam barzakh yang dipaparkan dalam bentuk jenaka menerusi filem komedi terbaru Hantu Kapcai tidak berniat untuk mempersendakan agama Islam. Ianya dijelaskan oleh pengarah dan penulis skripnya Ghaz Abu Bakar, katanya sebagai seorang muslim, dia masih peka dan menyedari batas-batas dan kesucian agama Islam dan sama sekali tidak bermaksud untuk mempermainkan perkara itu.

“Saya muslim yang masih lagi peka dan tahu mengenai perkara sensitif berkaitan agama Islam. Tiada langsung berniat untuk mempersendakan atau mempermainkan agama saya sendiri dalam bentuk komedi dan hiburan. Elemen-elemen roh, alam barzakh atau apa sahaja tafsiran orang yang dipaparkan dalam Hantu Kapcai adalah himpunan memori pada watak Akim lakonan Hairul Azreen dan Ajib (Zizan Razak). Ia bukan tafsiran atau gambaran saya mengenai alam ghaib, syurga, neraka atau apa sekali pun. Terpulanglah kepada penerimaan penonton untuk membuat tafsiran masing-masing,” katanya yang dipetik dari laman mStar Online.

Ghaz berkata, dia juga tidak berhasrat untuk mengundang sebarang kontroversi atau pertikaian dengan memaparkan elemen sensasi atau sensitif dalam karya arahannya.

“Saya tidak mahu mengundang kontroversi dalam filem saya. Apa juga pandangan orang yang boleh menimbulkan kontroversi adalah sesuatu yang tidak disengajakan. Terus-terang, pendekatan yang saya gunakan dalam filem ini adalah cara saya menyampaikan mesej positif dan berdakwah kepada penonton sasaran iaitu remaja dan peminat motosikal. Saya tidak mahu mesej disampaikan secara berat dan serius, lantas memberikan tekanan kepada penonton. Atas sebab itu, setiap paparan filem ini diketengahkan dalam bentuk komedi,” katanya.

Kontroversi Hantu Kapcai


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.