Ini mungkin satu berita menggembirakan buat peminat Ratu Rock Negara. Manakan tidak, apabila tiba-tiba beliau membuat pengumunan ini kepada media. Menurut laporan sebuah akhbar, Ella mengesahkan bakal berkahwin dengan jejaka pilihannya pada 7 Julai 2012 depan.

Ella, 46, turut memberitahu majlis pernikahannya bersama Azhar Ghazali, yang merupakan seorang juruterbang syarikat penerbangan Firefly bakal diadakan di rumah keluarganya di Klang, Selangor. Menurut Ella lagi, majlis pernikahan akan diadakan secara sederhana dan hanya melibatkan keluarga terdekat kedua belah pihak dan kenalan rapat sahaja kerana menghormati permintaan keluarga yang inginkan kesederhanaan.

Ella dan Azhar mula berkenalan sejak sembilan tahun lalu namun hubungan menjadi lebih serius sejak tiga tahun kebelakangan ini. Pasangan ini dijangka akan mengadakan majlis resepsi pada 1 Disember 2012 ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.