Kasihan pula dengan pelakon Emma Maembong sejak dikaitkan dengan Zizan Razak. Bukan sahaja pernah dituduh bercumbuan dan bersekedudukan, tetapi juga dikatakan mengganggu kerja Zizan di lokasi pula.

Menerusi portal GUA, Emma menafikan dakwaan ‘mengganggu’ tersebut, namun mengakui pernah datang ke lokasi penggambaran ‘teman istimewa’nya itu.

zizan dan emma maembong

“Saya rasa tak tahu nak cakap apa mengenai gosip ini sebenarnya. Kalau nak ikutkan, ramai juga artis lain yang datang ke set penggambaran, bukan saya seorang. Saya tak faham kenapa boleh timbul cerita sebegini yang mengatakan orang yang dimaksudkan adalah saya dan Zizan. Saya mengaku ada datang lokasi Zizan, kira-kira dua atau tiga kali. Tapi perkara itu tidak kerap. Kalau saya datang, tidaklah sampai mengganggu kerja atau perjalanan penggambaran. Saya datang pun waktu rehat makan dan sebagainya. Saya pun pelakon, ada kerja saya sendiri. Banyak lagi perkara yang harus saya selesaikan. Isu macam ini tidak patut keluar. Saya rasa sudah-sudahlah. Saya tidak berani komen. Saya tidak tahu siapa, saya tidak tahu mengapa, saya tidak tahu apa motif dan niatnya. Kalau niat tidak baik, tidak mengapalah. Tapi bagi saya, tidak baik memghukum orang sebarangan tanpa usul periksa,” jelasnya.

Jika benar apa yang dikatakan oleh Emma, kami harap selepas ini tiada lagi suara-suara sumbang bercerita perkara yang negatif mengenai mereka berdua. Apa pun, sehingga ke saat ini belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada kedua-duanya yang menyatakan mereka sedang berpacaran.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.