Memang banyak gosip antara Zizan Razak dan Emma Maembong apatah lagi semenjak Zizan mendedahkan kepada pihak media bahawa dia sudah ada kekasih namun belum sedia untuk diberitahu. Antaranya Zizan dan Emma pernah dikaitkan setelah melihat kemesraan masing-masing di dalam berinteraksi di laman twitter sehingga menimbulkan spekulasi yang mengatakan mereka kini benar-benar sedang hangat bercinta.

Emma bagaimanapun pernah menafikan gosip berkenaan. Begitu juga dengan Zizan. Bagi mereka berdua, hubungan antara mereka hanya sekadar kawan dan juga artis dibawah naungan pengurusan yang sama. Memetik laporan Berita Harian, Emma ada memberitahu bahawa dia dan Zizan memang hanya sekadar kawan baik, namun jika jodoh menemukan dirinya dan zizan, beliau tidak mampu untuk menolak ketentuan tuhan.

DRAMA TERBITAN RTM: ART WORK PRODUCTION

Namun demikian, Emma yang kini berusia 19 tahun juga berkata buat masa ini dia tidak mahu fokus dengan kisah percintaan tetapi mahu bekerja dengan lebih keras lagi dalam mepertingkatkan mutu lakonannya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.