Enggan Dikritik Meniru Artis Lain – Ainan Tasneem | Nama Ainan Tasneem kian mekar dibibir peminat industri muzik. Dalam pada itu, beliau juga tidak lepas dari dilanda kontroversi. Antaranya mengenai isu teman lelaki, dimana Ainan Tasneem sebelum ini mengaku dengan ‘ikhlas’ dia sudah ada kekasih. Ainan Tasneem juga dikritik cuba meniru gaya penyanyi ‘Youtube’, Najwa Latif.

Menurut laporan mStar Online, Ainan Tasneem mengakui berdebar dan risau untuk berdepan dengan khalayak setiap kali tampil membuat persembahan. Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Redzuan, 20, berkata, dia enggan dilabel sebagai peniru gaya artis lain dan memastikan imej dan cara penyampaian persembahan mempunyai gaya identiti yang tersendiri.

“Diakui, ketika orang mula kenal saya menerusi lagu Aku Suka Dia, ramai yang menganggap saya cuba meniru personaliti Najwa. Ini mungkin berlaku memandangkan bakat kami dicungkil menerusi laman ‘Youtube’. Jadi untuk mengelakkan kritikan yang sama berlaku, saya akan pastikan untuk menjadi diri sendiri dan sekiranya secara kebetulan ada gaya nyanyian yang seakan-akan sama dengan penyanyi lain, saya akan ubah atau cuba elakkan,” katanya.

Tambah Ainan, dia juga tidak akan menjadikan penggunaan gitar sebagai identiti dirinya setiap kali mengadakan persembahan.

“Bermain gitar merupakan satu kebolehan yang saya ada selepas mempelajarinya ketika berusia 17 tahun, namun tidak bermakna setiap kali mengadakan persembahan saya akan bermain gitar. “Lagipun, sebenarnya saya suka lagu berkonsepkan balada yang bernada tinggi serta mencabar vokal. Jadi, sudah semestinya memegang gitar dilihat seperti tidak sesuai ketika mempersembahkan lagu sebegitu,” ujarnya yang bakal muncul dengan single lagu terbaru iaitu Aku Keliru, Tak Mungkin dan 150 Juta.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.