FABIO CAPELLO LETAK JAWATAN SELAKU PENGURUS ENGLAND | Fabio Capello telah meletakkan jawatannya selaku pengurus pasukan England yang berakhir pada Rabu lepas selepas mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi FA, David Bernstein dan Setiausaha Agung, Alex Horne di Stadium Wembley. Perbincangan itu diikuti dengan keputusan FA untuk melucutkan John Terry sebagai kapten pasukan selepas satu perbicaraan di mana pertahanan Chelsea itu didakwa atas pertuduhan bersikap perkauman terhadap pemain Queen Park Rangers, Anton Ferdinand.

Perbicaraan tersebut bagaimanapun ditangguhkan sehingga Julai. Terry yang membawa pasukan England pada Kejohanan Eropah tahun ini menafikan pertuduhan itu. Capello, 65, meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan itu dalam temuramah dengan stesen televisyen Itali pada Ahad lalu. Menurut satu kenyataan FA, peletakan jawatan Capello diterima dan beliau akan meninggalkan jawatan itu serta-merta selepas bertanggungjawab terhadap pasukan itu selama lebih empat tahun.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.