Resam dunia, ada yang suka dan ada yang duka. Ada yang bahagia dan ada pula yang sengsara. Begitu juga dengan kehidupan kita. Seandainya ketika kita suka, ada teman disisi, bila berduka lagilah perlukan teman sebagai sumber inspirasi. Nasib yang menimpa pelakon popular, Rita Rudaini bukan bukan sahaja mendapat perhatian peminatnya yang sanggup memberi perangsang, namun lebih lagi.

Khabarnya, bermula Selasa lalu, laman Facebook Fanpage “Kami Sayang Rita Rudaini” telah diwujudkan. Di situ para peminat Rita berkumpul untuk memberikan sokongan pada serta kata semangat buat pelakon yang baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada 11 April 2012 yang lalu.

Kiranya laman ini khas untuk peminat Rita memberi kata-kata semangat kepada artis kesayangan mereka itu. Beliau sendiri terkejut dan dalam masa yang sama merasa terharu dengan sokongan yang diberikan peminat kepadanya. Rita Rudaini begitu menghargai sokongan dan semangat yang diberikan di saat beliau berdepan saat sukar seperti ini.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.