Setelah 8 tahun bertugas sebagai Penyampai Radio Hot FM, akhirnya Faizal Ismail atau FBI mengumumkan perletakkan jawatannya dan mahu beri fokus kepada bidang baru yang akan diceburinya selepas ini. Perletakkan jawatan itu sudah tentu mengundang pelbagai reaksi dari semua pihak termasuklah peminatnya. Ini kerana FBI antara penyampai radio terbaik yang ada di negara kita.

Bagaimanapun, itu adalah pilihan FBI dan kita semua sewajarnya menghormati keputusannya itu. Apatah lagi keputusan itu dibuat Faizal demi masa depannya.

Jangka masa lapan tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Jadi sudah pasti FBI melalui pelbagai pengalaman sepanjang tempoh tersebut. Menerusi laporan gua.com.my, Faizal ada mendedahkan pengalaman dan pencapaian yang pernah dilakar olehnya sepanjang bergelar penyampai radio di Hot FM?

faizal ismail fbi

Jom semak senarai 12 perkara menarik sepanjang Faizal Ismail (FBI) bertugas di Hot FM dibawah:

  1. Berbasikal kira-kira 500 kilometer bersama Fara Fauzana untuk dua peringkat Utara dan Selatan bagi mempromosikan stesen Hot FM yang masih baru ketika itu.
  2. Berpeluang menemuramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bermain dam dengannya.
  3. Menukar rancangan AMCrew untuk tribute kepada Michael Jackson yang meninggal dunia secara mengejut pada hari terbabit.
  4. Tahun pertama memenangi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular di Anugerah Bintang Paling Popular 2006 merupakan saat paling manis dalam hidupnya kerana ia kemenangan yang tidak dijangka.
  5. Pelbagai gimik telah dibuat sepanjang bertugas di HotFM, namun yang paling diingatinya adalah persandingan antara Fara Fauzana dan Ally Iskandar.
  6. Bagi memastikan segalanya berjalan lancar pada hari pertama Hot FM ke udara, Faizal langsung tidak tidur kerana teruja, berdebar dan membuat segala persiapan.
  7. Ketika Final Piala Malaysia 2009 yang menyaksikan Kelantan bertemu Negeri Sembilan, Faizal mengambil kesempatan menemuramah Menteri Besar kedua-dua negeri tersebut. Buat julung kalinya, suara Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkumandang di Hot FM.
  8. Berbesar hati dengan peluang yang diberikan oleh penaja Telekom Malaysia yang memberikan peluang kepada Faizal untuk ke udara secara langsung di seluruh Malaysia dan Bali.
  9. Pada tahun 2008, anak kedua Faizal telah meninggal dunia yang memberikan tamparan begitu hebat kepada penyampai radio itu sekeluarga. Dia mengambil cuti hampir sebulan kerana belum bersedia untuk bertugas.
  10. Mendapat kejutan nyanyian harijadi daripada artis yang diminati dan dikaguminya iaitu Dato’ Siti Nurhaliza yang dirancang oleh Fara Fauzana. Itu memori yang tidak dapat dilupakan kerana Dato’ Siti Nurhaliza merupakan ikon dalam bidang nyanyian.
  11. Mengenakan isteri dan anaknya melalui rancangan Panggilan Hangit sehingga membuatkan anaknya menangis kerana gurauan tersebut.
  12. Merupakan penyampai radio pertama yang menemuramah Yuna yang pada ketika itu belum memilih bidang nyanyian sebagai kerjaya tetapnya. Faizal ketika itu memaksa penerbitnya mencari nombor telefon Yuna untuk ditemuramah. Tambah menarik, Yuna turut meminta nasihat Faizal sama ada ingin serius dalam bidang nyanyian atau sebaliknya.

Fuh, memang menarik bukan. Buat masa ini FBI akan bertugas secara sambilan dengan Hot FM…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.