Faizal Tahir Mahu Lelong Semua Trofinya Untuk Membantu Penduduk Di Gaza | Musibah yang melanda saudara kita di Gaza tidak dipandang sepi oleh kita di Malaysia. Pelbagai tabung dilancarkan bagi membantu meringankan beban mereka disana. Turut tergerak hati mahu membantu ialah kalangan artis kita antaranya, Faizal Tahir. Beliau dikatakan mahu melelong semua trofi miliknya demi membantu penduduk di Gaza.

Memetik laporan gua.com.my, Faizal Tahir mengumumkannya menerusi akaun Twitter miliknya, bahawa beliau bakal menjual atau melelong kesemua trofi pelbagai majlis anugerah yang pernah dimenanginya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk di Gaza. Antara trofi yang bakal dilelong adalah trofi Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Planet Muzik.

Antara anugerah yang pernah dimenanginya termasuk Artis Baru Terbaik AIM15, Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Album AIM15, Album Rock Terbaik AIM15, Album Terbaik AIM15, Album Rock Terbaik AIM17, Album Terbaik AIM17, Persembahan Terbaik AJL23, Vokal Terbaik AJL23, Persembahan Terbaik AJL25, Tempat Ketiga AJL26, Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 2010 dan Power Vocal Award di Shout! Awards 2010.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Mahakarya Cinta itu berharap tindakannya tidak akan dipersoalkan dan ia merupakan keputusannya sendiri. Tambahnya lagi, Allah tidak akan bertanya berapa banyak trofi yang telah dimenanginya sewaktu hidup dan apabila mati kelak, trofi-trofi tersebut tidak akan dibawa bersama. Faizal akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai acara lelongan tersebut dan mengharapkan sokongan semua pihak.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.